Saham Oriental Food Industries Holdings Bhd susut selepas syarikat itu mengumumkan penutupan sementara premisnya di Melaka susulan arahan daripada Kementerian Kesihatan.
Oriental Food adalah pengeluar makanan snek dan konfeksi jenama seperti Super Ring, Jacker, Rota serta Oriental.
Saham Oriental Food, yang digantung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi ini, dibuka 0.5 sen atau 0.58 peratus lebih rendah pada 85.5 sen apabila dagangannya dibuka semula.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata ia diarahkan oleh Kementerian Kesihatan supaya menutup premisnya tidak termasuk pejabat, unit penyelenggaraan, logistik dan keselamatan di Taman Perindustrian Air Keroh dari 7 hingga 21 Julai.
Menurut Berita Harian, pihak Oriental Food telah mengeluarkan kenyataan untuk mematuhi arahan tersebut.
“Kami akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dengan sewajarnya.
“Keselamatan dan kesihatan kakitangan serta komuniti tempatan adalah keutamaan tertinggi kami ke arah membendung situasi semasa selain melandaikan keluk COVID-19,” katanya.
Janganlah disebabkan Covid-19, keadaan mereka makin teruk dan terpaksa berhentikan salah satu produk keluaran seperti Super Ring dan Jacker, tak lawak wehhhh! Tu snek lejen and favourite tu!
Apa snek or cikedis yang korang taknak diorang tutup atau muflis akibat Covid-19?
Kredit gambar utama: via Google Image