Disebabkan tidak membuat kerja sekolah, seorang murid lelaki tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Kedah mendakwa telah dipukul gurunya hingga mengalami kecederaan di tangan.
Menurut Kosmo, susulan kejadian tersebut, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah membuat laporan polis pada jam 4.36 petang semalam. Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.
“Pengadu mendakwa dia menyedari kecederaan dialami anaknya yang berusia sembilan tahun ketika mahu menjemputnya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.
“Kecederaan melibatkan bahagian lengan sebelah kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya,” katanya
Hal ini telah tular di Facebook dan mendapat perhatian netizen yang berpendapat jika benar perkara tersebut berlaku, perbuatan guru berkenaan dianggap melampau.
Berbirat tu!
“Proses siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – K! ONLINE
Bukan takboleh nak denda, boleh je. Tapi sampai berbirat berbekas macam tu, tak beragaklah. Apa2 hal, kita kena dengar cerita dari dua belah pihak cikgu juga.
Kredit gambar utama: FB Puan Eda Ni