Adakah korang tahu? Bukan orang tua atau yang bercermin mata je yang ada masalah mata. Orang biasa yang normal pon boleh terkena pelbagai jenis masalah mata. Antara yang kita selalu dengar adalah katarak, mata kering, degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD), glaukoma, dan retinopati diabetes.
Penting untuk mengetahui keadaan ini dan mendapatkan rawatan lebih awal untuk elakkan dan mencegah kehilangan penglihatan dan kesan negatif yang berkaitan dengan kualiti hidup yang menyebabkan gangguan penglihatan.
Korang kena prihatin lagi2 penglihatan tau! Dengan keadaan PKP, kita lagi banyak menghabiskan masa depan skrin seperti phone, laptop, tv dan sebagainya.
Aktiviti ini mungkin menyebabkan gangguan kepada kesihatan mata dan jika tidak dijaga, boleh menyebabkan kerosakan mata.
Selain tidur yang cukup, mengambil makanan yang sihat dan baik untuk kesihatan mata juga berupaya menjaga mata.
Kalau nak sembang pasal vitamin plak, korang cari vitamin A, C dan E serta zink ataupon makanan yang mengandungi vitamin tersebut!
Vitamin A mampu membantu mencegah kerosakan sel retina dan kanta mata. Vitamin B2 membantu mencegah risiko katarak manakala vitamin E merupakan antioksidan yang mampu membantu mata agar tetap basah dan segar.
Zink membantu menjaga kesihatan retina.
Buah dan sayur-sayuran adalah sumber vitamin terbaik untuk kesihatan mata.
Beberapa makanan yang baik untuk mata antaranya:
1. Lobak merah
Lobak adalah antara sumber makanan terbaik untuk mata. Ia mengandungi beta karotin dan vitamin A dan berperanan penting dalam menjaga kesihatan mata seperti mencegah kerosakan sel retina dan kanta mata.
2. Brokoli
Sayuran hijau seperti brokoli juga baik untuk mata. Brokoli mengandungi nutrisi zeaxanthin dan lutin, yang fungsinya untuk melindungi mata dari pancaran sinar ultra violet (UV). Selain itu, mengambil brokoli juga boleh mengurangi risiko terkena katarak.
3. Tomato
Tomato adalah salah satu sayuran yang kaya dengan vitamin C dan mata sememangnya memerlukan vitamin C, untuk mencegah penyakit glaukoma.
4. Pisang
Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, dan C yang baik untuk kesihatan mata. Ia bukan hanya mudah ditemui malah murah dan sememangnya memiliki pelbagai khasiat untuk mata.
5. Kekacang
Terdapat berbagai jenis kekacang yang berkhasiat seperti gajus dan kacang tanah yang mengandung vitamin E. Vitamin E sangat baik untuk melindungi mata dari penyakit akibat penuaan.
Tips Penjagaan Mata:
- Periksa mata korang kalau korang mula rasa rabun atau penglihatan tak seperti normal yang sepatutnya, please jumpa pakar oftalmologi/mata secepat mungkin.
- Sekiranya korang mempunyai sejarah perubatan atau keluarga yang signifikan seperti diabetes atau glaukoma, disarankan berjumpa pakar oftalmologi/mata sekurang-kurangnya setiap tahun.
Paling senang, dekat mall atau pon kedai cermin mata, diorang boleh tolong check kan kalau mata kita ada penyakit atau perlu di check oleh pakar ataupon tidak. Ikut kedai, ada yang kena bayar, dan ada yang tidak untuk servis tersebut.
Kredit gambar utama: via World Economic Forum, Eye Physicians of Long Beach & American Optometric Association