Daft Punk, Pemuzik Duo Legend Mengumumkan Persaraan Mereka

Siapakah Daft Punk?? Mereka adalah pemuzik duo yang berasal dari Paris, mereka bertanggungjawab untuk beberapa lagu tarian dan pop paling popular yang pernah dibuat! Mereka menyebarkan berita itu dengan video berdurasi 8 minit bertajuk “Epilogue”, petikan dari filem 2006 mereka Electroma.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:1387460611000-GTY-187180181-59666574.jpg

Mungkin korang kenal diorang daripada lagu ‘I Feel It Coming’ oleh The Weeknd takpon dari album ‘Random Access Memories’ yang salah satu tajuk lagu diorang yang memang buatkan diorang bertambah popular iaitu ‘Get Lucky’ bersama Pharrell Williams, tapi diorang dah lama famous and power sebelum kolaborasi tu lagi!

Dulu, kalau korang layan kartun dekat Astro lagi2 siaran Cartoon Network, muzik diorang pernah main banyak kali dekat situ! Punya sedap lagu diorang sampai Cik Kiah yang masa kecil tu, bila dengar lagu diorang je terus feeling macam main synthboard! HAHA!

Kalau rajin, dengar album lama diorang yang sebelum ‘Random Access Memories’! Memang ‘old school’ bass, solo gitar dan drums, ditambahkan dengan bunyi2 moden! Muzik diorang boleh dikategorikan genius sebab walaupon muzik diorang dah lama, still relevan sampai sekarang! Apatah lagi pada waktu itu!

Kalau korang tak ingat, tajuknya ialah ‘One More Time’ oleh Daft Punk di siaran Cartoon Network:

Beberapa jam yang lepas (22 Februari, 2021), Daft Punk telah memuatkan naik satu video setelah lama menyepi di laman rasminya iaitu Youtube:

Ada peminat-peminat yang percaya dengan pengumuman tersebut, dan ada yang mengharapkan tidak. Sebab lepas menang Grammy Award 2014, diorang terus senyap dan takda buat ‘live tour’ pon! At least release kan lagi satu album, takpon ‘live tour’ lah sambil umum persaraan! Ni tak!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:Daft-Punk-All-White-Hug (1).jpg

Cik Kiah ingat lagi masa tengok award ni live! Pelukan diorang, buat Cik Kiah menangis masa tu sebab memang achievement gila lah menang Grammy Award 2014! Diorang deserve gila! Sebab muzik diorang memang kualiti beb! Yang kolab pon bukan biasa2!

Tahu band The Strokes?? Vocalist mereka iaitu Julian Casablancas kolaborasi dengan Daft Punk okay.

Lepastu tetiba umum bersara! Sedihnya Cik Kiah takdapat tengok diorang ‘live’! Korang?? Ada pengalaman dengan Daft Punk?? Share sikit!

Kredit gambar utama: via Daft Punk

Read Previous

‘Top 10’ Gadget & Aksesori Menarik 2021

Read Next

Duduki SPM Walaupon Dah Berumur 65 Tahun, Nak Buktikan Umur Bukan Penghalang Untuk Belajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × three =