Jumlah pengagihan pendapatan ASB yang diumumkan 23 Disember lalu mengejutkan orang ramai sebab ianya adalah jumlah agihan terendah sejak tahun 1990.
Kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz, jumlah agihan 4.25 seunit dengan bonus 0.75 menjadikan jumlah keseluruhan agihan adalah 5 seunit adalah disebabkan keadaaan ekonomi yang tak stabil susulan pandemik COVID-19.
Dan 0.75 tu pun hanyalah ehsan untuk 30,000 unit pertama sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 ASB.
Tapi rata-rata masih puas hati sebab jumlah tersebut jauh lebih tinggi daripada jangkaan kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil ni.
Jadi macam mana nak kira agihan dividen ASB yang berbeza dari tahun sebelumnya?
Kalau ikut dividen yang ditawarkan, pelabur yang ada simpanan 30,000 tanpa berubah selama 12 bulan akan terima jumlah ikut kadar di bawah:
Sifir mudahnya:
Agihan pendapatan: 30,000 x 3.50 = RM1,050
Bonus 30,000 x 0.75 = RM225
Ehsan 30,000 x 0.75 = RM225
Jumlah diterima + bonus = RM1,500
Apa-apa pun bersyukur. 😉
Kredit gambar utama: Malaysia Gazette