Tak dapat terbang. Burung hantu obese kena berdiet

Credit Foto: Shuffolksowls

Nak kata sedih pun yer, kelakar pun yer bila mengenangkan nasib seekor burung hantu yang comel nie. Min ingatkan manusia jer yang perlu menjalani rutin diet apabila mencapai berat badan berlebihan atau obese, burung hantu pun tak terkecuali.

Kisahnya tentang seekor burung hantu yang dipelihara di Suffolk Owl Sanctuary di England yang terpaksa melalui rutin diet kerana mempunyai berat badan berlebih.

Sebab dah terlalu berat, burung hantu yang dipanggil ‘Little Owl’ tue tak berupaya untuk terbang seperti burung-burung yang lain.

Sebelum nie, burung hantu tue telah ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Penyelamat yang menemui burung hantu tersebut pada mulanya memikirkan bahawa ia telah tercedera kerana tidak mampu untuk terbang.

Tambahan pula, semasa dia ditemui, bulu burung hantu tue berada dalam keadaan basah, sekali gus memungkinkan ia sukar untuk terbang di udara.

Credit Foto: Shuffolksowls

Tapi ternyata bukan. Punca burung hantu tersebut tidak boleh terbang kerana dia memiliki berat badan berlebihan! 

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial, kumpulan penyelamat memberitahu bahawa burung hantu itu telah dikategorikan sebagai obese yang teruk, iaitu seberat 245 gram. 

Ini bermakna, berat burung hantu itu telah mencecah tiga kali ganda lebih berat berbanding beban yang sepatutnya! Ternyata dengan berat sebegitu, ‘Little Owl’ telah dikategorikan berada pada peringkat obese yang teruk dan perlu menjalani rutin diet dengan mengawal pemakanannya.

Credit Foto: Shuffolksowls

Selepas beberapa minggu, burung hantu itu mula menunjukkan perkembangan apabila Berjaya menurunkan berat bandannya sebanyak 30 gram. Harap ‘Little Owl’ mengambil pengajaran dan boleh terus terbang bebas.

Dikhabarkan, burung hantu tersebut telah pun dilepaskan semula di sebuah kawasan untuk membolehkan dia hidup bebas. Min harap burung hantu tue terus menjaga makan supaya dia tidak lagi menjadi seekor burung hantu yang gemuk!

Read Previous

Tak dapat terbang. Burung hantu obese kena berdiet

Read Next

10 Universiti terbaik Asia Tenggara 2019/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + fifteen =