5 Alasan Perlu Mula Berniaga Pada Usia Muda

Sumber: Azizanosman.com

C:\Users\Dell\Desktop\20150901171518-efficient-businessman-making-a-call-on-his-smart-phone-and-using-a-laptop-computer-while-sitting.jpeg

Bayangkan umur korang baru mencecah usia 30-an , tapi korang dah bergelar jutawan. Kita tolak tepi kalau korang memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya. Tapi bukan, korang berjaya sebab usaha dan semangat korang untuk bercita-cita menjadi jutawan muda. Perkara ni tak mustahil sebab sesiapa sahaja boleh mencapai impian tersebut asalkan mereka ada usaha dan semangat. 

Banyak faedah dan kelebihan yang korang akan peroleh jika korang ada bisnes sendiri. Kejayaan yang korang nikmati itu juga boleh dimanfaatkan kepada orang lain.

Siapa yang tak cemburu dengan usia yang muda, korang sudah menggapai impian sendiri dan memiliki sesuatu yang tidak mudah untuk dimiliki oleh orang lain yang seusia dengan korang. So, kat sini min nak share 5 sebab kenapa korang perlu mula berniaga di usia muda walaupun korang masih lagi belajar.

  • Dapat kumpul pengalaman
C:\Users\Dell\Desktop\2019-02-22_AM_Gain-Experience-blog.jpg

Korang patut bersyukr pada usia muda, korang dah ada bisnes sendiri atau baru nak berjinak dalam dunia perniagaan. Tak kisahlah korang jual produk orang atau produk sendiri. Korang kena tahu nak berniaga ni tak semestinya perlu ada bisnes sendiri. Mulakan dengan kecil-kecilan macam jadi agen atau stokis untuk kumpul modal. Jadikan perkara tersebut sebagai pengalaman sebelum korang bersedia untuk ada bisnes sendiri.

  • Kewangan yang stabil
C:\Users\Dell\Desktop\Bright-Credit-How-to-Commit-to-Achieving-Financial-Stability.jpg

Berbisnes akan berikan kita kewangan yang lebih stabil. Lita Cuma perlu tahu berapa keuntungan yang kita dapat pada bulan tersebut dan korang kena berusaha untuk capai target yang korang sendiri tetapkan. Jangan boros! Yang paling penting, korang kena cari dulu ilmu pengurusan kewangan.

  • Meminimumkan risiko
C:\Users\Dell\Desktop\download (1).jpg

Dalam pelaburan, perniagaan atau kehidupan, korang boleh meminimumkan risiko rugi dan terpaksa menutup bisnes. Kalau korang buat silap dalam bisnes, seperti pelaburan kurang baik, korang ada lebih banyak masa untuk baikinya dan belajar daripada kesilapan. So, korang tidak akan terkejut dan boleh selesaikan dengan hati yang tenang. Pada usia muida, kalau korang hadapi risiko dan gagal dalam bisnes, korang dilihat sebagai kurang berpengalaman dan ilmu. Pegilah mencari ilmu dan mentor untuk mencari jalan yang betul.

  • Anda ada banyak masa
C:\Users\Dell\Desktop\1_yyNPygkx5m9JMj8-MmKqNQ.jpeg

Semangat dan keinginan orang muda biasanya lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan orang yang dah melepasi usia 30-an. Orang muda biasanya lebih positif, produktiviti dan lebih enjoy ketika bekerja. Kadang-kadang, orang muda ni juga suka bertindak tanpa berfikir panjang dan suka menghabiskan duit dengan perkara yang tak berfaedah. Apa kata korang kurangkan aktiviti hiburan sebab korang ada banyak lagi masa untuk berhibur. Kalau korang terlalu leka, bimbang korang akan cepat naik dan cepat juga untuk jatuh.

  • Ini bukan yang terakhir
C:\Users\Dell\Desktop\Untitled.jpg

Korang mungkin akan terfikir tentang banyak kemungkinan kalau dah ada bisnes. Sebab korang sendiri tak pasti apa yang bakal berlaku pada bisnes korang pada masa akan datang. Mungkin korang akan berada di atas, tapi tak mustahil korang akan berada juga dibawah. Itulah realitinya.  Jangan cepat mengalah dan berputus asa dan jangan jadikan bisnes ini yang terakhir dalam hidup korang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + twenty =