Ultraman Ribut Malaysia, Menggunakan Pencak Silat Sebagai Stail Pertahanan Diri Dalam Siri TerBaru!

Tahun lepas, Ultraman Ribut ni pernah keluar dalam siri Upin & Ipin. Masa tu ingatkan sekadar parody. Atau maybe lah kan, label Upin & Ipin minta copyright atau lesen untuk guna brand Ultraman tersebut. Tapi tak, rupanya diorang memang plan nak buat projek ni bersama official Ultraman dari Jepun! Dan ia berjaya beb! Bangga gila! 

Siri Terbaru Ultra Galaxy Fight New Generation Heroes

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:1de03e6383a9796c60d6c16447f83d47.jpg
Kredit: MalaysiaKini
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:IMG_20190924_165434.jpg
Kredit: Ultra Fandom

Ultraman Ribut

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:images (2).jpeg

Dalam video di bawah, pihak Tsuburaya, diorang ni lah yang cipta Ultraman, telah membuat satu video yang menceritakan bagaimana terwujudnya Ultraman Ribut ini dan telah mengakui bahawa ia menggunakan seni Silat sebagai stail pertarungan Ultraman Ribut.

Kredit: Ultraman Official By Tsuburaya Prod.

Video ni epic, korang boleh nampak Ultraman Ribut buka pencak silat dia dekat background. Fuhhh stail gila bila dia angkat kaki tu! Siapa kaki silat confirm boleh relate!

Kredit: Ultraman Official By Tsuburaya Prod.

Siri Upin & Ipin bersama kemunculan Ultraman Ribut!

Youtube Les’ Copaque Production

Sejak Ultraman Ribut telah diperkenalkan, memang membuatkan ramai peminat Ultraman Malaysia berasa teruja. Lagi2 yang bersilat tu ha! Even Cik Kiah yang dah makin tua ni pon rasa nak tengok balik Ultraman ni! HAHAHA! Semata2 sebab nak support Ultraman Ribut!

Kredit Gambar Utama: Ultraman Official By Tsuburaya Prod.