Kisah Seram Di UITM Puncak Alam II

Selalunya kita mesti pernah dengar cerita atau kisah seram di sekolah, kolej, kampung dan sebagainya. Tak kisahlah samada korang minat dengan benda seram or terdengar dari member or keluarga! 

Lagi2 bila kita masuk asrama or kolej baru! Ha mulalah senior akan kongsi pengalaman diorang diselitkan kisah2 seram.

So harini kitorang nak share satu kisah seram di UITM Puncak Alam 2!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:750x500-8-tempat-paling-seram-di-korea-selatan-dipercaya-banyak-hantunya-1706159.jpg
Kredit: via Brilio.net

Aku dahulukan dengan bukit mini rahsia di blok Angsana. Seingat aku semasa tahun ke 2 aku di UITM P.Alam. Aku tak rasa lokasi bukit tu rahsia sangat sebab ramai orang boleh masuk mendaki atau berjoging ke bukit mini tersebut kerana berhadapan dengan kafeteria. Sebenarnya atas bukit tu terdapat  penjana kuasa(ataupun tangki air besar, aku tak pasti sangat) tetapi pemandangan diatas memang sangat cantik terutama untuk melihat matahari terbenam…

Pertama kali aku mendaki adalah bersama kawan aku yang mahu ditemani ‘dating’ dengan kekasihnya untuk elakkan ditangkap basah. Aku beri panggilan Alan dan Ina untuk memudahkan penceritaan. Kami menaiki 2 motorsikal, 1 berkongsi aku dan Alan, lagi 1 dibawa oleh Ina.  Aku menemani si Alan ni dari pukul 5 hinggalah ke maghrib tapi apa yang terjadi semasa matahari terbenam bukan hanya perkara ‘sweet’ atau romantis semata-mata. Waktu maghrib sudah masuk tetapi aku masih tak kedengaran suara azan semasa dalam hutan tersebut. Suara cengkerik, unggas dan burung pun mendiam tatkala matahari mula hilang.

Aku pelik, masjid hanya berdekatan dan bilal menggunakan pembesar suara yang kuat untuk laungan azan atau maklumkan apa-apa informasi. Pelajar yang menetap di blok Angsana dan Raflesia tahulah betapa kuatnya pembesar suara yang aku beritahu tu. Perasaan seram sejuk mula menyelubung dalam diri tetapi mereka berdua masih angau dalam dunia mereka. Aku menegur Alan untuk mula bergerak turun memandangkan hari mulai gelap. Dia berkeras untuk menunggu azan maghrib padahal jam ditangan sudah menunjukkan 7.45 malam.

Tanpa melayan kerenah dia, aku cuba hidupkan motorsikal memaksa mereka untuk turun secepat mungkin. Motorsikal tidak dapat hidup walaupun sudah banyak kali aku mencuba. Penat memikir masalah motorsikal yang tak terhidup tu diganti dengan perasaan seram bulu roma meremang apabila terdengar suara pergerakan dalam semak samun dalam hutan. Jelas ditelinga kami bertiga seakan-akan ada orang berlari memijak daun rapuh. Mata kami mula melilau mencari punca suara tersebut namun gagal dan kami memandang sesama sendiri.

‘Weih korang ada dengar tak…’

Belum sempat Alan menghabiskan ayat, aku memberi isyarat jari ke mulut untuk senyapkan dia. Kami terus membisu dan aku cuba sedaya upaya untuk hidupkan motorsikal. Tiba-tiba Ina bersuara..

‘Kunci motor aku hilang! Aku letak kat tempat kunci kot tadi. Mana kunci motor aku weih’

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:hipwee-motor1.jpeg
Kredit: via Hipwee

Hari yang kian gelap ditambah pula ditutupi dengan pokok hutan membuatkan Ina ini tidak keruan mencari-cari kunci motorsikalnya dan mula menangis. Alan cuba menenangkan Ina dan memintanya supaya beristighfar tapi panik menyelubungi diri Ina. Aku menjadi buntu masalah motorsikal aku waktu tu dan keadaan keliling yang gelap menyukarkan aku untuk periksa lebih teliti. Kami masih tidak berganjak dari tempat lepak asal, tatkala itulah Ina menuding jari di satu tempat lapang dengan mata terbeliak tanpa suara.

Aku perasan terdapat beberapa kepala sedang mengintai kami. Kepala yang tidak bermuka tapi bergigi taring. Aku pejamkan mata dan membukanya kembali, kelibat itu secara tiba-tiba menghilang. Aku kembali kepada Ina membacakan doa penenang hati dan memintanya untuk pejamkan mata sepanjang kami memeriksa motorsikal. Aku pakaikan dia earphone untuk elak dia terdengar suara-suara yang bole buat dia meracau.

‘Alan, kita kena tolak motor ni keluar dari sini. Tempat ni tak selamat dah weih. Biar Ina duduk dengan aku, kau tolong tolak motor Ina’

Alan masih dalam keadaan terpinga-pinga dan menurut saja. Kami menolak motorsikal didalam kegelapan dikelilingi hutan dengan bantuan lampu telefon. Aku berpesan kepada Ina agar tidak membuka matanya selagi aku tak laung AllahuAkbar. Aku jugak berpesan kepada Alan agar tidak menyahut apa saja seruan atau panggilan semasa kami turun. Semasa dipertengahan jalan, motorsikal yang Alan tolak tidak bergerak. Alan, dengan mulut celuparnya berkatakan ‘bagai membawa anak gajah’ semasa cuba menolak motor tersebut. Lantas aku berpusing kebelakang untuk melihat Alan, 3 lembaga tinggi tidak bermuka berdiri dibelakang Alan. Kaki aku menjadi kaku, mulut aku langsung tak mengeluarkan sepatah ayat pon. Oleh kerana takut menyelubungi diri, aku hanya mampu berkata..

‘Lepaskan kami, kami minta maaf ganggu tempat kau. Kami masih mentah. Kami mahu keluar dari tempat ni. Biarkan kami keluar dari tempat kau ni’

‘Apa benda kau ni Naz? Tak betul ke apa? Kau cakap dengan siapa? Dengan aku ke?’

‘Kau diam bole tak Alan? Kau punya pasal la kita tersangkut kat sini. Aku dah bagitau turun awal, kau degil’

Aku tiba-tiba menjadi panas dan marah dengan soalan Alan. Marah yang membuak-buak sehingga terasa seperti nak hentak kepalanya dengan helmet yang aku pegang. Terdengar bisikan ‘b***h dia,b***h dia’ dalam kepala aku. Mata aku tepat memandang Alan seperti laparnya harimau melihat mangsanya. Apabila aku cuba menyerang Alan, tiba-tiba aku dipegang oleh sekumpulan orang menahan aku dari terus mendekati Alan. Terdapat 5 orang pelajar lain cuba untuk tenangkan aku. Mujur mereka menjumpai kami semasa berada diatas bukit tu.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:images.jpeg
Kredit: via Ladbible

Bila gelapnya malam disuluh dengan cahaya motorsikal pelajar yang lain, kelibat 3 makhluk tu sudah tiada. Aku cuba mencari ‘mereka’ namun lenyap dari pandangan mata. Aku, Alan dan Ina pulang ke rumah masing-masing dan bersetuju untuk tidak langsung buka mulut atau bertanyakan hal yang terjadi malam tersebut sampai bila-bila. Seminggu dari hari kejadian, Ina berhenti dari UITM P.Alam. Aku dan Alan tidak lagi bertegur dan kami bawa haluan masing-masing.

Kisah seterusnya…

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:16163753_4iSah-Lub2UB5xMaYUIjFqY0YjUGfe5RhVokbbgTeDk.jpg
Kredit: via Foursquare

Ada beberapa lagi insiden yang berlaku semasa aku dipegang oleh pelajar-pelajar yang selamatkan kami tu tapi terlalu kabur untuk aku ceritakan. Aku sambungkan pengalaman misteri aku dengan satu lagi cerita, dimana aku, Joe dan Teh melalui jalan dari pintu gerbang A. Untuk pengetahuan pembaca, UITM P.Alam mempunya 2 pintu gerbang. Pintu gerbang A adalah untuk kegunaan pelajar yang menetap di Kolej Zamrud ataupun pelajar dari Fakulti Alam Bina khususnya, manakala pintu gerbang utama menjadi laluan utama yang ingin masuk keluar UITM ini dan juga lokasi aku ‘tumpangkan’ makhluk berbungkus tu. Jalan di pintu gerbang A disambungkan secara terus ke fakulti yang lain dan juga merupakan jalan pulang ke asrama kami. Memandangkan pada awal tahun 2017 pelajar asrama tidak dibenarkan masuk selepas pukul 2.00 pagi hingga 7.00 pagi, aku bersama kawan-kawan terpaksa melalui jalan sunyi dari pintu gerbang A sekitar jam 3.30 pagi.

Jalan tu mempunyai lampu yang terang menyuluh sepanjang perjalanan kami, tapi tak bermakna tiada gangguan kepada kami. Pada awalnya aku dah mula pelik apabila guard di pintu gerbang mengatakan kami berempat tak sepatutnya melalui  jalan itu pada waktu malam padahal kami hanya bertiga. Aku rasa dia cuma mahu sakat atau bergurau dan kami mengiyakan segalanya kerna mengelak disaman. Sepanjang perjalanan, Joe bersuara..

‘Weih korang perasan tak guard tadi cakap kita berempat’

‘Dia saja nak sakat ja tu. Takyah la pikir bukan-bukan’

‘Nak sakat pon tengok-tengok la. Dia ingat lawak ke cakap macam tu malam-malam ni’

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:7d16a71b85f41762bc6f70d5e347d096.jpg
Kredit: via Pinterest

Joe terus-menerus bersembang di sebelah aku, aku hanya mampu mendengar celoteh dia. Teh pada masa tu sangat diam di belakang aku membonceng dan menundukkan mukanya. Aku menegur Teh dan dia seakan terkejut dengan panggilan aku. Teh membisik ditelinga aku..

‘Naz kau tolong laju sikit, suruh si Joe tu stay kat belakang kita’

Pelik dengan permintaan Teh, aku melajukan motorsikal aku dan bila aku memandang cermin sisi, ternampak seperti ada sesuatu membonceng motorsikal Joe di belakang. ‘Dia’ perasan aku melihatnya, lalu ‘dia’ melambai-lambai tangannya berkuku panjang kepada aku. Hati aku berdengup kencang dan kawalan motorsikal aku mulai bergoyang. Aku cuba tidak ambil tau kewujudan makhluk tu tapi apabila Joe melajukan motorsikalnya dan cuba memintas aku, jelas dihadapan mata aku susuk tubuh berkain putih lusuh dibelakang Joe. Kainnya kotor dengan kesan tanah, rambutnya tidaklah sepanjang makhluk yang aku jumpa dibilik dalam cerita aku sebelumnya. Tetapi tangannya panjang, terlalu panjang sehingga mampu diseret atas tar. Sekali lagi dia melambai-lambai kearah aku dan memanggil aku supaya berada disebelahnya.

Bila aku cuba membaca apa-apa bacaan tidak kira ayatul Kursi atau pun ayat penenang hati, ‘dia’ memusing kepalanya kepada aku menunjukkan mukanya yang hodoh dan mendengus marah. Mukanya putih seperti mayat, kelihatan seperti ulat bergerak-gerak dikeliling mukanya tetapi mempunyai mata hitam bagaikan tiada biji mata. Masih terpahat di memori, mulutnya penuh d***h pekat mengalir. Bila dia membuka mulutnya, sejurus itu tercium bau hanyir.

Apabila aku hentikan niat aku, ‘dia’ memaling semula mukanya kedepan. Jalan yang cerah disuluh lampu jalan itu tiba-tiba menjadi gelap. Semua lampu jalan terpadam dan kami hampir kemalangan di simpang jalan. Apabila aku menggunakan lampu tinggi, kelibat ‘dia’ sudah tiada.  Aku memberi isyarat kepada kepada Joe untuk memecut laju meninggalkan jalan tersebut. Suara hilaian dan ketawa mengelilingi kami. Teh hanya mampu mengucap AllahuAkbar, AllahuAkbar sepanjang jalan.

Suara ketawa itu hilang apabila kami melalui jalan yang sudah berlampu berdekatan perpustakaan. Aku perasan Teh sudah mengalirkan air mata jantannya dan Joe pula berpeluh satu badan. Kami berhenti di kafeteria Rafflesia memandangkan masih ada pelajar yang belum pulang ke asrama melepak disitu. Aku membaca ayat penenang dan pemulih semangat kepada mereka berdua. Joe bertanyakan perihal yang berlaku semasa kami dijalan dan kenapa aku dan Teh ketawa ketika lampu jalan terpadam.

‘Korang ni dah gila ke apa gelak macam tu masa lampu jalan terpadam. Seriau d***h aku. Dahtu, pecut laju-laju tinggalkan aku kat belakang. Apa punya member la’

Aku dan Teh memandang sesama sendiri. Teh dalam keadaan terketar-ketar cuba memberi penjelasan..

‘Bukan aku dengan Naz tadi yang gelak tu weih. Kau tak dengar ke tu gelak perempuan?’

Joe menggeleng kepalanya. Dia beranggapan kami mahu kenakan dia. Aku sebenarnya panas hati dengan Joe kerna selepas dia memintas aku dan makhluk tu berada didepan, Joe sengaja memperlahankan motorsikalnya dan mendekati aku dibelakang. Rupa makhluk tu yang asalnya kabur, menjadi jelas dimata aku. Pada aku, sesiapapun yang berada dalam situasi pasti akan cemas dan berkemungkinan terus pitam tapi Alhamdulillah aku masih diberi kekuatan bersemuka dengan makhluk tu.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:f319d226a055789b44b9a07e786f1050.jpg
Kredit: via Malaysiakini

‘Betul Joe, bukan kami yang gelak tadi. Lepas kita gerak dari pondok guard tu aku perasan ada benda kat belakang kau. Masa kau dengan Naz sembang atas jalan. ‘Dia’ dok pandang aku. Aku suruh Naz bawak laju biar kau kat belakang sebab aku taknak tengok dia. Masa kita nak sampai kat library tu pon aku dengar suara ‘dia’ panggil aku balik ke jalan tadi’..jelas Teh.

Teh meminta aku untuk menceritakan hal yang berlaku tadi kepada Joe. Tapi aku membuat keputusan untuk mendiamkan diri sebab aku tahu Joe merupakan seorang yang langsung tidak percaya akan benda-benda ghaib ni. Tidak guna aku ceritakan dengan penuh ketelitian jika dia menganggap itu cuma khayalan semata-mata. Aku berpesan kepada Teh biar perkara ini dilupakan. Riak wajah Teh hampa dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke asrama. Keesokan harinya, Teh demam panas dan tidak mengikuti kuliah sepanjang minggu. Biliknya kini sering didengarkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Tujuan aku berkongsi dengan pembaca kisah-kisah aku ni bukanlah untuk menakutkan pelajar di UITM P. Alam mahupun orang lain yang ingin sambung belajar di sana. Cerita-cerita ini hanyalah untuk menghiburkan dan menghilangkan bosan kepada sesiapapun. Ada yang kata aku ada kebolehan tersembunyi atau diberi anugerah untuk melihat ‘mereka’, tapi pada aku itu semua mungkin kebetulan. – Oleh, KacaMataMenulis

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:az0ph.jpg
Kredit: via Imgflip

Boleh tahan seram cerita kau ni dik. Sis macam takboleh tidur je malam ni. HAHAHA! Korang pon sama?? Takpa. Jom kita scroll kucing2 comel kot2 boleh tidur lepas ni…

Kredit gambar utama: via mStar

Read Previous

Master Roshi Malaysia Guys! Owner Bawa Kura-Kura Ambil Angin! Sempoi Je Jalan Sama-Sama!

Read Next

DEMAM DURIAN:PENUHI KEINGINAN ANDA DAN DAPATKANNYA DI 7 LOKASI JUALAN DI NEGERI SELANGOR!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + ten =