Mesti ada sorang dua akan tertanya apa benda lah ‘online platform’ ni. Sejenis kasut heels ke?? Sejenis bangunankah?? Atau pentas lakonan mana plak ni kan??
Sebenarnya ‘online platform’ bermaksud sesuatu aplikasi, website, ataupon apa2 sosial media yang kebanyakan netizen sekarang tengah guna. Contohnya adalah Facebook, Twitter, Tiktok, YouTube, Foodpanda & Grab.
Jadi, ada diantara mereka yang peniaga dan penjual menggunakan cara tersebut untuk meneruskan perniagaan mereka. Bagaimana? Jom ikut kisah Puan Zalilah, antara peniaga kecil-kecilan yang beralih ke ‘online platform’.
“Saya berkahwin ketika berumur 16 tahun, dan tak pernah bekerja. Kakak ipar saya memiliki perniagaan menjual sayur-sayuran, tetapi penglibatannya dalam politik telah mengambil banyak masanya. Jadi selepas membantunya beberapa tahun, dia memberi peluang kepada saya untuk mengambil alih perniagaan.
Masa mula-mula, saya sendiri pun tak berapa pasti. Saya cuma seorang suri rumah saja dan tak tahu apa-apa pun tentang perniagaan atau cara-cara bercakap dengan orang. Tetapi suami saya memberi galakan supaya saya mencuba, dan melihat sama ada saya ada bakat atau tidak. Jadi saya pun berdoa dan meminta kalau-kalau inilah rezeki yang saya dapat ambil alih dengan mudah. Dan saya buat juga! Saya tahu inilah peluang saya kerana menyewa gerai di Pasar Bayan Baru bukanlah mudah. Pasarnya sibuk dan sewanya pula mahal. Cabarannya adalah jumlah jualan yang kami perlukan untuk menampung semuanya. Tetapi saya teruskan juga.
Lama-kelamaan, saya berjaya mempelajari selok-beloknya dan yang lebih penting adalah mengenali siapakah pelanggan saya. Itulah yang sangat penting supaya saya dapat memberikan perkhidmatan yang mereka mahukan walaupun tanpa mereka minta.
Menjalankan perniagaan secara jujur dan bermurah hati juga sangat penting. Ini bermakna saya harus mengamalkan falsafah saya: ‘timbang, jangan tipu’, dan memberikan diskaun serta buah tangan bilamana yang boleh. Kadang-kadang usaha sekecil ini pun dapat mengukir senyuman di wajah seseorang.
Peniaga-peniaga yang lain di pasar memanggil saya dengan panggilan manja ‘Cikgu’ kerana mereka melihat cara saya melakukan sesuatu dan banyak mempelajarinya daripada saya. Alasan mereka, “Sebab you pandai business!” Pujian ‘rakan-rakan sekerja’ ini membuat saya berasa bahawa saya melakukan kerja dengan baik.
Semasa PKP pertama, saya mengambil keputusan untuk terus menjual kerana saya tahu ada orang yang memerlukan sayur-sayuran tetapi sukar untuk mendapatkannya. Jadi, kami meneruskan perniagaan macam biasa, dan sudah tentulah dengan mengikuti semua garis panduan keselamatan.
Apabila saya membawa perniagaan saya menyertai Grab, saya perlu membiasakan diri menggunakan aplikasi, tetapi nasib baik anak saya banyak membantu. Sudah tentu ada keraguan sama ada kami masih dapat membuat keuntungan atau tidak, tetapi setelah kami berjaya menstabilkan keadaan dan mempelajari cara-cara menyeimbangkan stok dengan pesanan yang kami terima, prestasi perniagaan kami pun mula meningkat. Perniagaan kami masih lagi melalui fasa pemulihan, dan kami turut menaruh harapan terhadap teknologi dalam membantu kami.
Tetapi apa yang paling penting adalah sentiasa yakin dan percaya bahawa anda boleh melakukan apa saja yang anda fikirkan dan usahakan.” – via Grab
Bantulah perniagaan kecil berkembang maju. Pesan dari peniaga tempatan seperti Gerai Sayur Zalilah, Illahzy Enterprise di Pasar Bayan Baru, Pulau Pinang, di GrabMart.
Jadi apa lagi! Jom kita bantu peniaga-peniaga ini dengan membeli barangan mereka dekat mana2 ‘online platform’!
Sambil berbelanja, kita boleh beramal. Puasa pon nak dekat dah!
Yang masih kiasu taknak cuba ‘online platform’. Percayalah, korang akan rugi! Kecuali korang memang dah femes macam Neelofa, lainlah kan. Tapi, even Neelofa pon ada ‘online platform’ ya.
Kredit gambar utama: via Grab