Bagi graduan yang bakal menamatkan pengajian di universiti, korang harus bersiap sedia bukan sahaja untuk mencari kerja, tetapi untuk merancang kewangan.
Yang masih sekolah pon boleh mula ikut cara mudah ini. Lagi elok korang start awal, baru nampak bila habis belajar nanti. Percayalah. Bak kata orang Kedah, you may not see it yet, but it will be super helpful for you in the future. Agitu.
Merancang kewangan atau perbelanjaan juga buat korang boleh membeli di masa yang akan datang, tak kisah lah gajet, accessories atau barang2 untuk semester tersebut. Ini untuk mengelakkan korang daripada membazir duit.
1. Berhenti berfantasi
Bila kau baru bekerja, jangan harap akan dapat menaiki kereta mewah, rumah mewah, makan di restoran mewah dan membeli barang atau pakaian berjenama mewah, kecuali kau keluarga have2. Simpan duit kau tu untuk kecemasan, jangan sesekali berbelanja ikut nafsu.
2. Tanya, cari, baca
Bertanyalah kepada mereka yang mempunyai pengalaman untuk menguruskan wang dengan lebih efektif, contoh abang, takpon keluarga. Bukan dari mereka yang berbelanja tapi meminjam di kemudian hari. Selain itu, mencari bahan atau buku tentang menyimpan duit supaya korang boleh bezakan mana satu yang merepek, mana satu yang boleh diguna pakai. Dan membaca artikel dan tips akan menambahkan ilmu korang. Ingat, tak semua tips boleh apply dekat situasi korang, so lagi banyak cara korang baca dan tahu, lagi bagus.
3. Belajar dari yang pakar atau yang berada di dalam bidang itu
Lagi senang, belajar dari mereka yang benar-benar mempraktikkan ilmu kewangan, bukan sekadar sembang kari. Contohnya, nak belajar ilmu pelaburan, carilah orang yang berjaya dalam bidang pelaburan.
4. Kumpul pengalaman
Usia tengah muda, cari pengalaman kerja yang boleh mengembangkan lagi skillset kau. Dan minta tolong sangat, jangan hanya fokus belajar bidang kau sahaja, tapi ambil tahu bidang lain, at least basic seperti perniagaan, pelaburan, pengurusan korporat dan etc.
5. Bekerja di syarikat multinational atau international
Ya betul, memang ikut nasib atau kabel untuk dapat masuk company besar, contoh Cisco, IBM, Dell, Shell dan sebagainya. Tapi let’s say tu rezeki kau, belajar betul2 strategi dan infrastruktur company, then cukup masa nanti, boleh guna cara company tu untuk buka company kau. Usah getir, tak bermakna bila kau bekerja di syarikat yang baru ditubuhkan atau dikenali sebagai ‘startup’, kau akan kurang belajar, cuma beza dia, berkemungkinan sistem atau cara pengurusan mereka tak se smooth as big companies. You get me? You feel me guys? Memang bezalah management company besar dengan company kecil.
6. Simpan aset
Aset memang mahal. Contoh paling mudah rumah. Ramai yang cakap simpan duit beli rumah lagi elok dari beli kenderaan. Hat ni memang kena ikut situasi, kalau kau lebih memerlukan kenderaan, sebab area kau kerja takda LRT, MRT dan etc. Go for it. Tapi kalau kenderaan bukan punca, better kau simpan beli rumah, tanah atau melabur.
7. Fikir ‘Out of the box’
Kalau orang lain suka berbelanja, kau jadi seorang yang suka menyimpan. Bukan suruh ang jadi bakhil, tak. Cuma kita tukar attitude kita tu. Kau teruskanlah usaha menyimpan wang. Bila kau dah rasa banyak dan nak berbelanja, silakan. Atau laburkan wang tersebut dalam unit amanah atau gunakan untuk deposit membeli rumah.
8. Elakkan berhutang
Kau dahlah berhutang dengan PTPTN. Hutang member pon belum setel. Jadi, jangan meminjam wang untuk memulakan bisnes. Guna apa yang ada dekat kau. Kalau nak berhutang pon, hanyalah untuk membesarkan perniagaan. Tapi bila suatu hari nanti korang akan mula buat loan rumah ke apa, ingat, pastikan bayaran bulanan tu kau boleh bayar without fail okay!
9. Uruskan masa dengan baik
Kita ada 24 jam sehari. Penuhi waktu tersebut supaya masa yang ada tak dibazirkan dan diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Selepas balik kerja, isi masa anda untuk belajar cara-cara menambah pendapatan dan menggandakan simpanan anda. Ambil inisiatif untuk hadir ke seminar atau bengkel yang boleh membantu kita menjana dan menguruskan pendapatan. Elakkan dari pergi seminar dan bengkel yang sembang letup macam bisnes dia berbillion padahal bukannya dia berpengalaman bisnes pon. Buat bingit telinga je.
10. Bercita-cita tinggi
Beza ya bercita-cita tinggi dan berimaginasi. Harap korang sedar benda tu. Analogi mudah, katakan kau bermula dengan kerja makan gaji. Satu hari nanti kau bercadang untuk menubuhkan syarikat sendiri. Mulakan dengan Enterprise, diikuti dengan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan seterusnya Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.).
Bermula dengan kau seorang, kemudian mengambil 5 orang pekerja seterusnya mempunyai lebih 50 orang pekerja. Tidak salah kerja makan gaji, tetapi biarlah kerja dengan syarikat sendiri supaya kau boleh membantu orang lain mendapat sumber pendapatan dan berkongsi rezeki dengan kau. Lagipon kau nak makan gaji dekat company orang lain sampai bila?
Akhir kata… Cehh tetiba formal. So sebenarnya, kita sendiri yang tetapkan apa yang kita nak. Dari seorang graduan yang tidak memiliki apa-apa pekerjaan, kita mampu mengubah nasib kita dengan mendapat kerja yang stabil. Dari situ kita boleh belajar untuk jadi pengurus yang boleh membina syarikat sendiri dan menjadi pemimpin untuk membina kerjaya orang lain.
Kredit gambar utama: via ikhwanfahmi.com, gengborak.com & Facebook