Sekarang, dah tak banyak dah barang2 elektronik, games, jajan cikedis zaman 80an dan 90an. Samada di telan dek zaman atau dah tak relevan. Berbeza dengan yang lahir pada zaman 2000 ni atau dipanggi ‘Generation Z’!
Masa tu, memang banyak bermain di luar atau taman, berjumpa or lepak secara fizikal depan2 or buat aktiviti pelik bersama dengan member. Berbanding dengan sekarang, teknologi dan games buat korang senang terperap dalam bilik.
Mobile Legends tu apa? Kami Dota je masa tu. HEHE!
Okay, jom kita throwback ke zaman kita balik!
Penutup Botol
Cik Kiah memang benci main ni. Sebab gang lelaki semua power power! Kredit: ohcikgu.com
Guli & Gasing
Selalunya mesti ada seorang yang ada guli sebalang lepastu ajak main dekat taman! Kenangan teruks! Lost contact dah dengan budak tu. Dimanakah kau wahai owner guli sebalang! HAHA! Kredit: ohcikgu.com
Baling selipar
Time sekolah, memang pakai kasut je. Setel. Memang kasut cepat hancurr! Kredit: image Flickr.com
Cop Tiang
Teringat lagi Cik Kiah sampai terhantuk dinding, kepala berbonggol sebulan! Kredit: image Google
Congkak
First time main dekat rumah saudara, sebab congkak ni mahal. Lagi2 hat jenis kayu berkilat padu. Congkak ni dulu ada dekat keluarga berada2 je. Ke Cik Kiah ni miskin sangat dulu?? HAHAHA! Kredit: jumariapensiabcd.wordpress.com
Marukawa Bubble Gum
Heh khatam semua flavor dah. Siap pernah makan sekotak konon dapat buat bubble, tapi takdapek! Kredit: image Amazon.com
Kad Pokemon
One of the best kad game! Member siap berpuluh deck kumpul! Taksilap, satu deck dalam 30 ke 50 kad. Siap ada yang laminate kalau dapat kad rare! Kredit: kokotiam.com
Tamiya
Korang pernah tengok Dash Yankuro, sumpah best gila bila tengok kartun tu especially diorang pukul kereta diorang pakai kayu hoki. Stail gila beb! Tapi nak buat dekat kereta kau memang tak lah kan! Boleh pecah mat kereta! Masa tu benda alah ni mahal almost RM50. Tu belum termasuk accessories lagi!
Digimon
Dengan bangganya Cik Kiah Nak bagitahu yang Cik Kiah sempat main Digimon yang 1st gen sekali. Haha kadang2 lupa nak bagi makan and cuci taik, lepastu Digimon tu mati. Sedih gilaaaa.
Lawan Pemadam
Ada kalangan member2 korang yang troll siap beli pemadam bapak gila besar semata2 nak menang! Kredit: Sinar FM
Titik Pagar
Lepastu buku math kau cepat habis sebab selalu koyak untuk buat main benda alah ni. Standbai lah kena amukan parents kau! Kredit: Sinar FM
Beyblade
Kau takkan jadi cool kalau kau takda mainan ni. Kredit: worldbeyblade.org
Cik Kiah terjebak dengan ni sebak mak Cik Kiah selalu main untuk hilangkan boring or stress kerja dia. Puas hati gila bila menang! Kredit: gameoverlic.com